Home / Badminton / Paulus mahu anak buah kekal positif

Paulus mahu anak buah kekal positif

Ketua jurulatih badminton regu negara Paulus Firman mahu anak buahnya meneruskan momentum positif pada kejohanan All England lalu menjelang Kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan.

Katanya para pemain tidak seharusnya rasa tertekan sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi untuk mencatat keputusan lebih cemerlang ekoran beraksi di laman sendiri.

Tambah Paulus acara regu pada Kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan amat terbuka dan dijangkakan banyak kejutan yang akan tercipta.