
Steve Pantelidis meraikan gol jaringan beliau untuk menewaskan pasukan Lion XII. Gambar oleh Baihaqi Mohamad | SukanMalaysia
SHAH ALAM 19 APRIL 2014 : Pemain import Selangor, Steve Pantelidis membuktikan beliau masih berharga dan mampu menyumbang buat pasukan Selangor apabila menjaringkan gol tunggal pasukan Selangor untuk menewaskan Lion XII, 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Gol jaringan pada minit ke 25 itu sudah cukup memberi 3 mata berharga buat pasukan Selangor seterusnya mengukuhkan kedudukan Selangor dalam kelompok teratas Liga Super 2014.