Home / Lain - Lain / Pandelela Rinong terus diam membisu

Pandelela Rinong terus diam membisu

Status ratu terjun negara Pandelela Rinong terus menjadi tanda tanya kerana masih belum menandatangani kontrak Sistem Tier Program Cluster biarpun telah menerimanya sejak minggu lalu.

Pandelela kini sudah pun berlepas ke Sagamihara Jepun bagi menyertai siri terjun dunia dan akan terlepas tempoh 2 minggu yang ditetapkan Majlis Sukan Negara untuk para atlet menurunkan tanda tangan mereka pada surat tawaran yang dikeluarkan.