Home / Bola Sepak / Pahang Kekal Juara Piala Malaysia

Pahang Kekal Juara Piala Malaysia

PM2014_Celebration2KUALA LUMPUR, 1 November 2014 : Piala Malaysia kekal milik Pahang apabila gah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Perlawanan yang sengit terpaksa ditentukan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Semangat sang juara Pahang terserlah apabila berjaya mengharungi 60 minit perlawanan masa sebenar sehingga tamat perlawanan tambahan masa dengan 10 pemain apabila pertahanannya Saiful Nizam dilayangkan kad merah pada minit ke 63.

Gambar Oleh : Mohd Shah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*