Home / Hoki / OLTHMANS KEMBALI BIMBING SKUAD HOKI KEBANGSAAN

OLTHMANS KEMBALI BIMBING SKUAD HOKI KEBANGSAAN

Jurulatih skuad Malaysia, Roelant Oltmans. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

Kebenaran latihan dengan kontak bermula semalam bagai memberi nafas baharu kepada skuad hoki kebangsaan yang kini berada dalam fasa latihan.

Kelibat jurulatih Roeland Olthmans agak mencuri tumpuan selepas perlantikan Arul Selvaraj selaku penolong jurulatih yang baharu.

Olthmans bagai sudah menyedari hakikat membayangkan kedudukannya dan kontraknya yang akan berakhir 31 Disember nanti berkemungkinan tidak akan disambung.

Skuad Olthmans dan Wallace Tan masing-masing menjalani latihan menjelang musim sibuk tahun depan.

Kebenaran untuk melakukan latihan dengan kontak penuh membolehkan program lebih efektif dilakukan kedua-dua pasukan.

Pasukan kebangsaan dalam rangka persiapan bagi kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (CT) November nanti di Dhaka Bangladesh.

Roeland Olthmans yang kembali membimbing skuad kebangsaan selepas menjalani kuarantin 14 hari tetap komited menjalankan tugasnya.

Namun dia sudah menerima segala perancangan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengenai kedudukannya sebagai ketua jurulatih selepas perlantikan Arul Selvaraj sebagai ketua penolong jurulatih.

Mengenai persiapan pasukan menuju ke saingan Trofi Juara Juara Asia Olthmans turut mengesahkan pemain-pemain turut dibenarkan menyarung jersi pasukan masing-masing dalam saingan Piala Razak.

Pelepasan hanya diberikan sehari sebelum kejohanan memandangkan ia turut akan dilangsungkan di Bukit Jalil.