Home / Lain - Lain / Nur Amirull kuasai tiga jersi utama peringkat ketiga Tour of Peninsular 2019

Nur Amirull kuasai tiga jersi utama peringkat ketiga Tour of Peninsular 2019

Perlumbaan Tour of Peninsular 2019 semakin menarik selepas menyaksikan penguasaan barisan pelumba tempatan peringkat ketiga.

Tumpuan sudah pasti kepada pelumba Terengganu Cycling Team TSG Nur Amirull Fakhruddin Mazuki yang muncul pemenang selepas menduduki laluan sejauh 172.7 km dari Kuantan ke Karak.

Bukan itu saja kejayaan membolehkan Nur Amirull merampas semua jersi utama saingan berbaki dua lagi peringkat perlumbaan.

Perlumbaan peringkat ketiga pelumba dilepaskan di padang MPK 2 dan mengharungi tiga zon pecut di Gambang,Chenor dan Temerloh manakala satu peringkat pendakian lagi ditawarkan di Seri Jaya.

Strategi yang baik menjadi kunci pasukan TSG dengan pelumba berusia 27 tahun Nur Amirul kental sepanjang saingan untuk menafikan cabaran pelumba lain menguasai pelaton.

Kemuncaknya di jalan besar Karak Nur Amirul paling pantas digarisan penamat dengan catatan masa 3 jam 49 minit dan 59 saat.

Foto : Tour of Peninsular 2019

Pelumba Iran Amir Hagh Kolahdouz di tempat kedua manakala seorang lagi pelumba TSG Mohd Hariff Saleh di kedudukan ketiga.

Foto : Tour of Peninsular 2019

Memang membanggakan kejayaan ini turut menyaksikan Nur Amirull merampas tiga jersi utama iaitu jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan, jersi biru selaku raja pecut dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.

Foto : Tour of Peninsular 2019

Peringkat keempat esok bakal menyaksikan kayuhan mencabar dari Sungai Koyan ke Cameron Highland sejauh 89.5km yang berpotensi tinggi untuk menentukan juara keseluruhan dan raja bukit.