Home / Golf / Nicholas dahului senarai di Jakarta

Nicholas dahului senarai di Jakarta

Foto : Khalid Redza © Asian Tour

Foto : Khalid Redza © Asian Tour

Jakarta, 24 April 2014: Pemain golf no 1 negara, Nicholas Fung mencipta kejutan di hari pertama Kejohanan Golf CIMB Niaga Indonesia Masters apabila mempamirkan permainan cemerlang dengan melakukan 67 pukulan, 5 dibawah par untuk berkongsi sebagai pendahulu kejohanan bersama pemain dari USA, Anthony Kang dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$750,000.

Masih segar dengan pengalaman bermain di Kejohanan golf EurAsia, Nicholas yang bermain bersama dengan penerima anugerah Order of Merit Asian Tour 2013, Kiradech Aphibarnrat dari Thailand dan Juara British Open 2010, Louis Oosthuizen dari South Africa, membuktikan beliau mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lebih berpengalaman di Kelab Golf Royale Jakarta.

“Saya merasa seronok dan bangga melihat nama sebagai pendahulu kejohanan, berjaya melepasi had kelayakan semasa di Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia minggu lalu ternyata memberi saya semangat untuk terus bersaing pada minggu ini’ ujar Nicholas.

Kejohanan Golf CIMB Niaga Indonesia Masters 2014 dianjurkan oleh Jelajah Asia (Asian Tour) bersama dengan Jelajah Eropah (European Tour) dan diadakan mulai dari 24 April hingga 27 April 2014 di Kelab Golf Royale Jakarta, Indonesia.

 

Kedudukan senarai pendahulu hari pertama;-

67 – Nicholas FUNG (MAS), Anthony KANG (USA).

68 – Chapchai NIRAT (THA), Cameron SMITH (AUS), Jazz JANEWATTANANOND (THA), Bernd WIESBERGER (AUT), Jake HIGGINBOTTOM (AUS), Sujjan SINGH (IND).

69 – WANG Jeung-hun (KOR), Richard T. LEE (CAN), Marcus BOTH (AUS), Danny CHIA (MAS), LEE Tae-hee (KOR), Chan KIM (USA), Adilson DA SILVA (BRA), Wolmer MURILLO (VEN).

70 – KIM Tae-woo (KOR), Gunn CHAROENKUL (THA), Carlos PIGEM (ESP), Berry HENSON (USA), LU Wen-teh (TPE), Boonchu RUANGKIT (THA), Sutijet KOORATANAPISAN (THA), Miguel TABUENA (PHI), Wasin SRIPATTRANUSORN (THA), Poom SAKSANSIN (THA), LIN Wen-tang (TPE), Rashid KHAN (IND), Arnond VONGVANIJ (THA), Arjun ATWAL (IND), Anirban LAHIRI (IND), Jason KNUTZON (USA), Rahil GANGJEE (IND).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*