Home / Golf / Nicholas cipta keajaiban di Johor

Nicholas cipta keajaiban di Johor

Nicholas Fung menerima trofi dan hadiah kemenangan setelah muncul juara Kejohanan Golf PGM Johor. Gambar Arep Kulal / PGM TOUR

Nicholas Fung menerima trofi dan hadiah kemenangan setelah muncul juara Kejohanan Golf PGM Johor. Gambar Arep Kulal / PGM TOUR

Johor Bahru, 11 April 2015 : Pemain golf negara, Nicholas Fung mencipta keajaiban di Kejohanan Golf PGM Johor apabila mencatatkan catatan terendah 27 pukulan di bawah par, 261 pukulan keseluruhan untuk muncul juara di Kelab Golf Johor hari ini.

Walaupun diramalkan akan muncul juara apabila mendahului dengan kelebihan 4 pukulan sebelum memulakan hari terakhir kejohanan, Nicholas dilihat belum puas untuk mempamirkan kehebatan sebenar beliau apabila terus melakukan permainan cemerlang dengan membenam 9 birdie untuk mengakhiri hari terakhir dengan catatan 8 dibawah par, mendahului saingan terdekat beliau iaitu pemain Singapura, Lam Chih Bing dan seorang lagi pemain Malaysia, R Nachimuthu, 11 pukulan di hadapan.

Jika tidak kerana format pertandingan yang membenarkan ‘preffered lie’, catatan 27 di bawah par yang dilakukan oleh Nicholas merupakan catatan terendah di dalam Kejohanan Golf Jelajah PGM dan Kejohanan Golf Jelajah Pembangunan Asia.

‘Saya amat berpuas hati dan terkejut dengan permainan saya. Segala-galanya menjadi dan ‘birdie’ dan tanpa henti. Ianya merupakan tonik terbaik buat saya untuk menghadapi kejohanan golf CIMB Niaga Indonesia Masters pada 2 minggu akan datang dan saya harap saya mampu mengekalkan permainan seperti ini. Kemenangan ini amat penting buat saya mengumpul mata untuk melayakkan saya ke sukan Olimpik pada tahun hadapan dan ianya pasti mampu merangsang pemain-pemain Malaysia yang lain untuk terus berjuang bagi melayakkan diri mereka juga.’ ujar Nicholas selepas kejohanan.

Dengan kemenangan di Johor, Nicholas membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000.00 dan insentif ganjaran yang di umumkan oleh PGM sebanyak RM7,500.00.

Kejohanan Golf PGM Johor adalah kejohanan golf di dalam kalendar Jelajah PGM dan dianjurkan bersama dengan Jelajah Pembangunan Asia.

Keputusan tempat teratas:-

261 – Nicholas Fung 66-67-64-64
272 – R. Nachimuthu 64-68-69-71, Lam Chih Bing (SIN) 67-65-69-71
276 – Sean Riordan (NZL) 70-66-71-69
277 – Lindsay Renolds (CAN) 71-69-68-69, Masaru Takahashi (JPN) 70-68-64-75
278 – Wilson Choo 69-70-71-68
279 – Taylor Ekenberg (USA) 70-71-69-69
280 – Arie Irawan 71-70-73-66, Hsieh Chi-hsien (TPE) 66-75-70-69, Koh Denshan (SIN) 71-69-69-71, Gyeongjun Lee (KOR) 71-69-67-73

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*