Home / Hoki / NATIONAL HOCKEY DEVELOPMENT PROGRAMME BAKAL DILANCARKAN MHC SEPTEMBER INI

NATIONAL HOCKEY DEVELOPMENT PROGRAMME BAKAL DILANCARKAN MHC SEPTEMBER INI

Selepas bola sepak dan ragbi kini giliran sukan hoki pula memiliki struktur pembangunan peringkat akar umbi.

Ia menerusi perancangan untuk melaksanakan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang kini sedang melalui proses akhir menerusi penganjuran bengkel bersama semua pihak berkaitan.

MHC menjangkakan NHDP akan bermula secara rasminya awal September nanti.

Bengkel penyediaan bengkel hoki negara (NHDP) diadakan selama tiga bermula semalam dihadiri 30 peserta terdiri dari ahli MHC dari negeri-negeri selain Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Kesemua peserta tampil memberikan buah fikiran merancang NHDP. Pelaksanaan NHDP akan dipantau terus MHC mirip yang dilakukan Rugby Malaysia (MR) dalam program pembangunan ragbi negara (NRDP).

MHC turut mengumumkan penyertaan tiga muka baharu sebagai ahli lembaga eksekutifnya. Mereka adalah Mohd Sayuti Abd Samad (Presiden Hoki Perak), Mohd Azmirul Anuar Arif (Presiden Hoki Kedah) serta satu wakil dari rakan penaja utama iaitu Tenaga Nasional.