Home / Hoki / NASIHIN NUBLI SASARKAN PASUKAN TERBAIK ASIA

NASIHIN NUBLI SASARKAN PASUKAN TERBAIK ASIA

Mohd Nasihin Nubli meletakkan sasaran menjadi pasukan terbaik Asia sebaik sahaja dilantik menjadi ketua jurulatih skuad hoki wanita negara.

Bagi bekas penjaga gol kebangsaan itu ianya bukan mustahil dengan kombinasi pemain yang sedia ada.

Beliau juga pernah mengendalikan skuad hoki wanita kebangsaan pada tahun 2011 hingga 2015 Nasihin menganggap cabaran dan tanggungjawab kali ini nyata amat berbeza.

Skuad hoki wanita negara kita berada di ranking kelima Asia dan tambahan Nasihin tidak mustahil bagi negara untuk muncul sebagai pasukan terbaik Asia dengan memantabkan barisan yang ada kini.

Kejohanan Liga Juara Juara Asia di Korea Selatan yang dijangka berlangsung pada bulan Mac tahun depan menjadi tugas pertama Nasihin membuktikan kemampuannya.

Buat masa ini Nasihin menjuruskan kejohanan Piala Razak sebagai medan mencari pemain muda berbakat.

Latihan pertama skuad negara bersama skuad projek khas 2026 akan bermula Oktober ini.