Home / Lain - Lain / MTBC TANGGUH SERTAI KEJOHANAN UTAMA SEHINGGA MEI

MTBC TANGGUH SERTAI KEJOHANAN UTAMA SEHINGGA MEI

Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat exco tergempar yang diadakan khsus membincangkan mengenai perancangan perjalanan skuad boling kebangsaan.

Apatah lagi atlet boling sendiri telah menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan mereka.

Berikutan keputusan itu skuad boling lelaki terpaksa menarik diri daripada menyertai cabaran Brunsweek Euro di Munich yang dijadualkan pada 17 hingga 21 Mac manakala pasukan wanita terpaksa melupakan Siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (WBA) di Amerika Syarikat.

Skuad wanita juga telah mendaftar untuk menyertai empat kejohanan di Amerika dan terpaksa menarik diri selepas kebimbangan mengenai wabak berkenaan.

Pasukan boling negara akan terus memberi tumpuan dan latihan disamping menjalani perlawanan playoff untuk memastikan mereka kekal kompetitif.

Penularan COVID-19 ini menjejaskan sukan boling di Asia berikutan penangguhan beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac hingga 34 April di Sunway Megalanes selain Terbuka Thailand dan Terbuka Incheon di Korea Selatan.

Ia selaras dengan tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) yang melarang semua atlet daripada berlatih atau menyertai sebarang latihan di lima negara iaitu China, Korea Selatan, Iran, Jepun dan Itali sepanjang bulan ini susulan penularan COVID-19 yang telah meragut 3,200 nyawa dan lebih 90000 dijangjiti diseluruh dunia.