Home / Lain - Lain / MTBC MEMPERTARUHKAN KEJOHANAN ASIA

MTBC MEMPERTARUHKAN KEJOHANAN ASIA

Pembatalan Kejohanan Boling Terbuka Malaysia yang dijadualkan semula pada November ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada persiapan skuad tenpin boling negara untuk menghadapi kejohanan Asia di Hong Kong Januari ini.

Namun begitu Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) sedar situasi penularan pandemik Covid-19 belum menampakkan tanda akan reda dan yang paling penting adalah mengutamakan keselamatan dan kesihatan pemain negara.

Skuad negara perlu membuat persiapan rapi sebelum beraksi di kejohanan Asia bagi mempertahankan gelaran.

Malaysia tampil cemerlang pada Kejohanan Tenpin Boling Asia di Kuwait tahun lalu apabila meraih enam pingat emas, satu perak dan empat gangsa sekaligus muncul juara keseluruhan.

Selepas sebulan latihan pemain negara aksi 22 pemain elit di bawah program podium memuaskan hati pihak pengurusan.

Tumpuan MTBC lebih terarah kepada prestasi skuad pelapis yang baharu dibentuk awal tahun ini.

Selepas pembatalan Kejohanan Terbuka Malaysia hanya dua lagi kejohanan tempatan yang masih dalam jadual iaitu Terbuka Antarabangsa Sarawak dan Penang Fiesta dijangka berlangsung November dan Disember ini.