Home / Lain - Lain / MTBC GIAT RANCANG PERSIAPAN KE SUKAN SEA 2021 HANOI

MTBC GIAT RANCANG PERSIAPAN KE SUKAN SEA 2021 HANOI

Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) perlu menunggu kalendar akhir pertandingan tahun 2021 dari Persekutuan Boling Asia (ABF) dan boling dunia.

Ini bagi membolehkan persatuan itu menyusun perancangan dan persediaan atlet termasuk untuk ke Sukan SEA ke-31 Hanoi.

MTBC akan tetap membuat persiapan rapi dalam semua enam acara yang bakal dipertandingkan kelak di Sukan SEA Hanoi 2021.

Berdasarkan kalendar awal diantara pertandingan yang akan berlangsung tahun depan adalah kejohanan Boling Dalam Dewan Asia (Mei) serta kejohanan Asia Belia dan Remaja Dunia (Jun).

Keputusan mesyuarat CBF Jumaat lalu nyata memberi kelegaan kepada MTBC yang juga dapat menambah bilangan kejohanan kompetitif kepada atlet mereka.

Menurut Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok urusan penerbangan ke luar negara untuk menyertai pertandingan akan bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 kerana faktor keselamatan dan kesihatan atlet menjadi keutamaan MTBC.

Tambah beliau lagi pemilihan atlet ke Hanoi perlu mengikut prestasi semasa atlet.

Ia juga akan diputuskan oleh jurulatih dan ahli exco MTBC selain menimbang pendapat dari Majlis Sukan Negara (MSN).

Hanya enam acara yang akan dipertandingkan di Hanoi iaitu individu, berpasangan dan berpasukan dalam kategori wanita dan lelaki,

Dua lagi acara Masters dan Berpasangan Campuran tidak disenaraikan. Pada edisi 2019 Sukan SEA di Filipina pasukan tenpin boling meraih 2 emas menerusi acara perseorangan lelaki dan empat berpasukan selain merangkul 3 pingat perak dan 2 gangsa.