Home / Lain - Lain / MSWP KEKAL SEBAGAI SEBUAH KONTINJEN KE SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

MSWP KEKAL SEBAGAI SEBUAH KONTINJEN KE SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) tidak akan bertanding sebagai tiga kontinjen berasingan pada Sukan Malaysia sebaliknya kekal sebagai sebuah kontinjen dengan membawa semangat Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi MSWP Datuk Ramlan Askolani MSWP mahu terus membariskan atlet-atlet terbaik dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk kekal sebagai pencabar utama sekaligus mencapai misi muncul juara keseluruhan pada temasya dwitahunan itu.

Dalam pada itu Datuk Ramlan hadir dalam majlis pemberian bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Wilayah Persekutuan.

Ia bagi meringankan beban 90 persatuan sukan negeri di bawah MSWP dengan setiap persatuan menerima bantuan sebanyak RM2,000.

Untuk rekod pada edisi SUKMA 2018 di Perak Wilayah Persekutuan menamatkan saingan selaku naib juara dengan mengumpul 52 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa.