Home / Lain - Lain / MPM KEMUKAN BANTAH DAN RAYUAN PENUNDAAN SUKAN PARA ASEAN KE-10 DI FILIPINA

MPM KEMUKAN BANTAH DAN RAYUAN PENUNDAAN SUKAN PARA ASEAN KE-10 DI FILIPINA

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) membantah keputusan tuan rumah Filipina menunda Sukan Para Asean ke-10 yang sepatutnya diadakan tiga minggu lagi ke bulan Mac 2020.

Presidennya yang juga Chef de Mission negara Datuk Megat D Shahriman Zaharuddin akan mengetuai delegasi ke ibu pejabat Persekutuan Para Asean (APSF) di Bangkok Thailand minggu depan.

Adalah menjadi harapan agar badan induk itu dan tuan rumah Filipina mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

Majlis Paralimpik Malaysia membuat sidang media khas diketuai kepimpinannya Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin bersama Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Halimon Muhd Suud di pengkalan mereka di ibu negara hari ini selepas keputusan penundaan Sukan Para Asean 2020 di Filipina diumumkan semalam.

Perkembangan terbaru itu nyata mengejutkan kerana masanya sudah terlalu hampir sekaligus mengecewakan kontinjen negara yang berada di fasa terakhir persiapan.

Tindakan menunda temasya berkenaan kepada bulan Mac juga dianggap sebagai tidak adil kerana bakal menjejaskan banyak perkara diantaranya prestasi semasa atlet, kos dan perbelanjaan yang sudah pun dikeluarkan pelepasan atlet dan pegawai yang terbabit.

Yang lebih penting lagi waktu yang dicadangkan bulan Mac mungkin mengganggu program kelayakan atlet ke paralimpil Tokyo 2020.

Surat bantahan dan rayuan akan dikemukan apabila berkunjung ke Persekutuan Para Asean (APSF) di Bangkok dan dalam masa yang sama turut mengajak negara serantau lain mengikut langkah yang diambil Malaysia agar Filipina mencari jalan penyelesaian baharu.