Home / Lain - Lain / MPM BAKAL ANJURKAN KEJOHANAN ANTARABANGSA DI KUCHING

MPM BAKAL ANJURKAN KEJOHANAN ANTARABANGSA DI KUCHING

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bercadang menganjurkan kejohanan antarabangsa pada bulan Mac tahun depan di Kuching.

Kerjasama bersama Kerajaan Negeri Sarawak itu bakal membabitkan peserta dari negara-negara Asean.

Kearah penganjuran yang lancar MPM akan akan mengadakan pertemuan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dalam masa dua minggi akan datang untuk membincangkan secara terperinci kejohanan terbabit.

Mengikut perancangan tujuh acara berpasukan bakal dipertandingan dan akan diumumkan MPM selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Apa yang penting pembabitan negara-negara Asean dianggap platform untuk mereka sebagai persiapan menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2021 dan Sukan Para Asean 2021 di Hanoi Vietnam selepas temasya Para Asean di Filipina 2020 dibatalkan.

Pada Mesyuarat Eksekutif kali ke-3 penggal 2019-2023 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan turut membincangkan persediaan MPM menghadapi pasca pandemic Covid-19.

Diantaranya seperti melatih jurulatih dan guru yang bertugas di pusat pemulihan komuniti, pembangunan tanah MPM di Kuala Lumpur, projek mengesan bakat (talent scouting) di Perak dan pemindaan perlembagaan MPM.