Home / Lain - Lain / MOM NASIHATKAN SEMUA PERSATUAN SUKAN TANAHAIR ELAK MENGADAKAN LATIHAN ATAU MENYERTAI KEJOHANAN DI CHINA

MOM NASIHATKAN SEMUA PERSATUAN SUKAN TANAHAIR ELAK MENGADAKAN LATIHAN ATAU MENYERTAI KEJOHANAN DI CHINA

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menasihatkan persatuan sukan tanahair agar tidak membuat sebarang perancangan latihan atau pun menyertai kejohanan di China buat masa ini ekoran penyebaran penyakit 2019 Novel Coronavirus.

Presiden MOM Datuk Seri Norza Zakaria juga meminta agar persatuan sukan memikirkan jalan dan keputusan sama ada mahu memanggil pulang jika ada dikalangan atlet negara sedang berada di negara itu.

Menurut Datuk Seri Norza apa pun dasar berkaitan penularan wabak ini yang dibuat persatuan sukan ia mestilah berpandukan kepada dasar dan polisi kerajaan yang datangnya daripada kabinet atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai langkah berjaga-jaga Persatuan Olahraga Asia (AAA) telah membatalkan Kejohanan Olahraga Asia ke-9 di Hanjiao China yang dijadualkan pada 12 hingga 13 Februari ini disebabkan penularan wabak itu.

Ketika ini juga beberapa atlet terjun sedang berlatih di China antaranya sandaran olimpik Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Sementara itu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shafawi Ismail mengesahkan hanya skuad terjun negara sedang menjalani latihan di China berkata buat masa kini atlet berkenaan tidak akan dipanggil balik.

Bagaimanapun pihaknya belum memutuskan sama ada akan meneruskan latihan di China selepas mereka pulang ke tanahair pada 2 Februari untuk memperbaharui visa.

Skuad terjun yang mengikuti latihan di China berada dalam keadaan berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan wabak 2019 Novel Coronavirus.