Home / Bola Sepak / Misi Piala AFF Suzuki 2014

Misi Piala AFF Suzuki 2014

HM

Garmbar Arkib SukanMalaysia.my

Artikel Oleh : Al-Zaem

Senarai Awal 35 Pemain Ke Piala AFF Suzuki 2014
Jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh akhirnya menamatkan teka-teki senarai pemain untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 dengan pengesahan 35 pemain senarai awal sebelum memilih 22 pemain yang bakal menggalas tugas kurang sebulan dari sekarang di Singapura. Pengumuman senarai yang sepatutnya dilakukan selepas perlawanan menentang Terengganu pada penghujung September yang lalu telah ditangguh ke tarikh baru iaitu pada 6 Oktober lepas. Namun, ianya hanya dilakukan beberapa hari yang lalu setelah dua kali penangguhan.

Ini disebabkan Dollah terpaksa mengubah fikirannya dan melakukan rombakan terhadap skuad pilihannya selepas aksi memberangsangkan beberapa pemain khususnya jentera tengah ketika menewaskan Terengganu pada 24 September yang lalu. “Mereka mempamerkan prestasi luar biasa, ini yang memeningkan saya untuk memilih yang terbaik,” ujar Dollah selepas melihat skuadnya menang 4-3 ke atas Terengganu.

Antara yang mendapat kepercayaan Dollah untuk mengisi slot 35 pemain adalah dua pemain senior yang sudah lama tersisih daripada skuad kebangsaan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Shukor Adan. Berusia 35 tahun, Shukor adalah pemain paling senior yang tersenarai selain Indra (33 tahun), Amri Yahya (33 tahun) dan Badhri Radzi (32 tahun).  Paling mencuri tumpuan adalah penyenaraian pemain Kedah yang baru berusia 17 tahun, Farhan Roslan yang menyinar dalam aksi Piala Malaysia. Samaada Farhan akan tersenarai dalam 22 pemain terakhir adalah samar berikutan pemain-pemain lain yang lebih berpengalaman walaupun Dollah menggambarkan pemain muda ini berpontesi memberi impak kepada skuadnya.

Perebutan slot paling panas pastinya di jentera serangan yang akan menyaksikan persaingan tujuh pemain. Masalah jentera serangan yang kini tumpul perlu diperbaiki segera dan ianya tertumpu kepada rangkaian pemain yang telah dipilih Dollah kali ini. Gandingan merbahaya satu masa dulu, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha bukanlah di tahap prestasi yang membanggakan malah sering diketepikan kelab mereka, Johor Darul Takzim (JDT). Berdasarkan beberapa aksi persahabatan sebelum ini, jelas kedua-dua pemain perlu digugurkan untuk sementara waktu.

Dollah akan membentuk skuad Harimau Malaya selepas aksi final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 1 November ini dan pastinya tugasan berat buat Dollah adalah memilih gandingan pemain terbaik dan sesuai dengan corak permainan serta taktikal yang bakal diterapkan.
“Sebenarnya semua pemain layak berada dalam pasukan namun saya mahu pastikan pilihan tepat dibuat dalam pemilihan 22 pemain terakhir,” ujar bekas pengendali Pahang dan PDRM itu.

Senarai awal 35 pemain ke kejohanan Piala AFF Suzuki 2014:
PENJAGA GOL
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (Selangor)
3. Khairul Azhan (Pahang)

PERTAHANAN
4. Shukor Adan (Felda United)
5. Aidil Zafuan (JDT)
6. Fadhli Shas (JDT)
7. Mahalli Jasuli (JDT)
8. Muslim Ahmad (PDRM)
9. Afif Amiruddin (PDRM)
10. Ezrie Shafizie (PDRM)
11. Bunyamin Omar (Selangor)
12. Azmi Muslim (Selangor)
13. Zubir Azmi (Terengganu)
14. Razman Roslan (Pahang)

TENGAH
15. Safiq Rahim (JDT)
16. Baddri Radzi (Kelantan)
17. Brendan Gan (Kelantan)
18. Wan Zaharulnizam (Kelantan)
19. Azamuddin Mat Akil (Pahang)
20. Hafiz Kamal (Pahang)
21. R.Gopinathan (Pahang)
22. Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
23. S.Kunalan (Selangor)
24. Gary Stevan Robbat (Harimau Muda)
25. Farhan Roslan (Kedah)
26. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
27. S. Chanturu (Sarawak)
28. Joseph Kallang Tie (Sarawak)

PENYERANG
29. Safee Sali (JDT)
30. Norshahrul Idlan Talaha (JDT)
31. Amri Yahyah (JDT)
32. Manaf Mamat (Terengganu)
33. Norfarhan Mohammad (Terengganu)
34. Fakri Saarani (Kelantan)
35. Fauzi Roslan (Pahang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*