Home / Hoki / MHC perkasakan Program Pembangunan hoki remaja

MHC perkasakan Program Pembangunan hoki remaja

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengambil berat pembangunan hoki remaja bagi mengasah bakat pemain dari sekolah rendah.

Pelbagai aktiviti dan modul dirangka bagi memberi kursus hoki kepada guru sekolah.Aktiviti hujung minggu dimanfaatkan oleh MHC menerusi Klinik Hoki di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Seramai 40 pelajar sekolah rendah di bawah program pembangunan MHC seluruh semenanjung diberi pendedahan baru teknik dan skil oleh tiga jurulatih berpengalaman iaitu Tan Beng Hai, Yahya Atan dan Megat Asrafi Megat Tarmizi.

Bukan sahaja pelajar, guru pengiring juga diberi tunjuk ajar bagi membantu mereka berlatih di sekolah nanti.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal turun hadir memberi kata-kata semangat kepada pemain. Jelas beliau MHC sentiasa serius dalam memastikan modul bagi program pembangunan hoki negara dilaksanakan dengan baik.