Home / Hoki / MHC BAKAL MENGANJURAN LIGA HOKI DALAM DEWAN PADA OKTOBER

MHC BAKAL MENGANJURAN LIGA HOKI DALAM DEWAN PADA OKTOBER

MHC bakal menganjurkan kejohanan hoki dalam dewan buat julung kalinya susulan prestasi memberangsangkan pasukan negara pada dua temasya Sukan Sea sebelum ini.

Ini sekaligus menambah keyakinan MHC mewujudkan Liga Hoki dalam dewan negara bagi meningkat populariti sukan berkenaan.

Penganjuran liga yang akan membuka tirai Oktober depan juga bakal menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat muda yang akan membentuk skuad kebangsaan bagi melayakan diri ke Piala Dunia hoki dalam dewan.

Untuk permulaan MHC menyasarkan penyertaan 10 pasukan lelaki dan wanita daripada persatuan negeri atau akademi seluruh negara dengan menggunakan format perlawanan timbal balik.

MHC juga bakal mengadakan bengkel hoki dalam dewan pada bulan Ogos terlebih dahulu bagi memberikan penerangan serta mempromosikan kejohanan.

Setakat ini Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menjadi pilihan utama MHC sebagai venue utama pertandingan.