Home / Bola Sepak / MFL saman TM RM400 juta

MFL saman TM RM400 juta

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkata saman keatas penaja rasmi adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.

MFL mengulas ketika ini syarikat telekomunikasi itu cuba mencari alasan untuk tidak menyambung kontrak selepas isu dalaman melibatkan terma dalam hak penajaan.

MFL turut menafikan kegagalan melaksanakan apa yang terkandung dalam kontrak, sebaliknya menyatakan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bersama berkenaan asas komersial.

Justeru, MFL menegaskan mereka terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap TM bagi melindungi hak pasukan bertanding dalam Liga Malaysia serta memelihara kepentingan bola sepak negara.