Home / Bola Sepak / MFL MEMUTUSKAN SNBJ HANYA MENJADI HAK EKSLUSIF BUAT HARIMAU MALAYA DAN AKSI FINAL

MFL MEMUTUSKAN SNBJ HANYA MENJADI HAK EKSLUSIF BUAT HARIMAU MALAYA DAN AKSI FINAL

Aksi Liga Super membabitkan Selangor dan Perak pada malam esok akan menjadi aksi terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah diputuskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

MFL meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue alternatif selepas Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masing-masing tidak boleh digunakan.

Bagaimanapun MFL mengingatkan ini adalah kelulusan terakhir bagi mana-mana pasukan Liga M untuk menggunakan Stadium Nasional dimana selepas ini ia hanya dibenarkan bagi pengelolaan aksi final atau pun perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan.

MFL turut memberi peringatan kepada pasukan Liga Malaysia supaya lebih bersedia dalam persiapan menyediakan venue utama melibatkan pasukan tuan rumah pada masa akan datang.