Home / Bola Sepak / MFL GAGAL AGIHKAN BAKI HAK PENYIARAN LIGA MALAYSIA 2019

MFL GAGAL AGIHKAN BAKI HAK PENYIARAN LIGA MALAYSIA 2019

Penantian hampir empat bulan pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk mendapatkan baki hak penyiaran yang dijanjikan Ogos lalu berakhir hampa apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memuktamadkan tidak mampu mengagihkan bagi hak penyiaran Liga Malaysia 2019 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan penganjur itu tidak dapat membayar agihan kedua sebanyak RM3juta kepada pasukan Liga Super dan RM1juta kepada pasukan Liga Premier kerana tidak meraih pendapatan hak penyiaran seperti yang dirancang.

Menurut Datuk Hamidin, perkata tersebut telah diperjelaskan dengan terperinci kepada semua rakan kongsi pada mesyuarat agong luar biasa (AGM).

Berdasarkan perlembagaan MFL,jumlah agihan akan ditentukan ahli lembaga pengarah MFL jika pendapatan hak penyiaran dan komersial adalah kurang daripada RM18juta.

Bagaimana pun walaupun berdepan dengan ketiadaan penaja utama MFL tetap menunaikan tanggungjawab dengan mengagihkan separuh daripada hak penyiaran dan komersial seperti yang dijanjikan pada 15 Julai lepas.

Pasukan Liga Super menerima RM1.5juta sementara RM500,000 disalurkan kepada pasukan Liga Premier.

Pada masa yang sama MFL akan membuat pembayaran pendapatan untuk musim 2020 berdasarkan pendapatan yang diraih dan pengagihan itu bakal dilaksanakan mengikut perlembagaan MFL.

Dalam pada itu dua tonggak rakan kongsi MFL turut bersetuju meminda artikel 16.1 Perlembagaan MFL berkenaan komposisi ahli lembaga pengarah MFL yang mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak lagi berada dalam ahli lembaga pengarah MFL.