Home / Lain - Lain / MESYUARAT JAWATANKUASA TASKFORCE PENYEDIAAN CADANGAN SOP GELEMBUNG SUKAN (SPORT BUBBLE) BAGI PENGANJURAN ACARA SUKAN TEMPATAN

MESYUARAT JAWATANKUASA TASKFORCE PENYEDIAAN CADANGAN SOP GELEMBUNG SUKAN (SPORT BUBBLE) BAGI PENGANJURAN ACARA SUKAN TEMPATAN

Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan sesi mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Penyediaan Cadangan SOP Gelembung Sukan (Sports Bubble) bagi penganjuran acara sukan tempatan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ahmad Shapawi bin Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Sukan Negara, Dato’ Dr. Wasitah binti Mohd Yusof dan juga pemegang taruh secara dalam talian.

Menerusi ucapan Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Meerican Naina Merican di Parlimen pada 25 November 2020 yang lalu, beliau menegaskan bahawa KBS sentiasa komited dalam menjaga dan melindungi industri sukan negara dalam situasi kian mencabar dan akan mengambil tindakan sewajarnya melalui penyediaan model gelembung sukan (sports bubble).

Mesyuarat pada hari ini merupakan platform bagi KBS mendapatkan pandangan daripada para pemegang taruh termasuklah MKN, KKM, Badan Induk Sukan, pemain industri dan sebagainya mengenai cadangan SOP gelembung sukan (sports bubble) melibatkan penganjuran acara sukan sebelum diangkat ke pertimbangan Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat.