Home / Golf / Mercedes Trophy 2016 kembali !

Mercedes Trophy 2016 kembali !

Dr. Claus Weidner, (4 dari kiri) bersama barisan penaja Kejohanan Golf Piala Mercedes 2016. © Sukan Malaysia

Dr. Claus Weidner, (4 dari kiri) bersama barisan penaja Kejohanan Golf Piala Mercedes 2016. © SukanMalaysiaDotMY

SUBANG JAYA 17 Februari 2016: Mercedes Benz Malaysia hari ini mengumumkan Kejohanan Golf Piala Mercedes 2016, kejohanan golf antarabangsa yang kini kembali semula buat pemain-pemain Amatur yang merupakan pemilik kereta jenama Mercedes Benz di Malaysia.

Sepanjang tahun, lebih 60,000 pemain menyertai kejohanan ini yang berlangsung di 60buah negara untuk merebut peluang beraksi di Kejohanan Golf Piala Mercedes World Trophy di Stuttgart, Germany – rumah kelahiran kenderaan jenama Mercedes.

Dr. Claus Weidner, Presiden & Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Malaysia. © SukanMalaysiaDotMY

Dr. Claus Weidner, Presiden & Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Malaysia. © SukanMalaysiaDotMY

“Prestasi, Pesonaan dan Semangat adalah tiga kata kunci yang sinonim dengan sukan golf dan janji jenama kami untuk Mercedes-Benz. Seperti produk kami, golf adalah sukan yang menuntut kesempurnaan. Setiap ayunan memerlukan kesempurnaan bagi membolehkan anda bermain dengan baik. Persamaan diantara sukan golf dan produk kami ini lah yang menjadikan Mercedes-Benz terus menyokong sukan golf ini semenjak tahun 1989. Hari ini, kejohanan Piala Mercedes telah menjadi satu siri kejohanan yang berjaya untuk pemain amatur dan diadakan di lebih 60 negara seluruh dunia termasuk Malaysia.” ujar Dr. Claus Weidner, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CEO), Mercedes-Benz Malaysia.

Kejohanan Golf Piala Mercedes akan diadakan sebanyak 9 pusingan kelayakkan sepanjang tahun ini untuk memberi peluang kepada semua pemilik kenderaan Mercedes menyertainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan boleh lawati www.mercedes-benz.com.my