Home / Bola Sepak / MENTERI BESAR KEDAH DILANTIK SECARA RASMI SEBAGAI PRESIDEN KFA

MENTERI BESAR KEDAH DILANTIK SECARA RASMI SEBAGAI PRESIDEN KFA

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sah dilantik secara rasmi 36 ahli gabungan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baharu.

Pada kongres luar biasa AGM di Wisma Darul Aman perlantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan susulan perubahan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Muhammad Sanusi menyatakan amanah yang diterima dalam mengepalai KFA merupakan tanggungjawab yang besar memandangkan sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu rakyat di negeri itu.

Beliau dengan tegas akan memberi perhatian dalam menyelesaikan pembayaran gaji selain matlamat untuk mengekalkan Piala FA dan mencabar kejuaraan Liga Super Malaysia.

Dalam pada itu KFA telah mempunyai beberapa nama dicalonkan bagi jawatan setiausaha kehormat yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbalan presiden KFA Datuk Abd Rahman Abdullah sebelum itu turun mengumumkan sekembalinya lagenda skuad Hijau Kuning Mohd Radhi Mat Din turun diisi bagi mengisi kekosongan jawatan naib presiden.