Home / Lain - Lain / Maverick Vinales juarai Moto Grand Prix Malaysia 2019

Maverick Vinales juarai Moto Grand Prix Malaysia 2019

Pelumba Yamaha Maverick Vinales berjaya menebus kehampaan di Phillips Island minggu lalu apabila muncul juara kelas premier di Litar Antarabangsa Sepang sekaligus meraih gelaran keduanya musim ini selepas Grand Prix Belanda Jun lalu.

Maverick mendominasi MotoGP Malaysia di Sepang hari ini dengan mengetepikan juara awal MotoGP 2019, Marc Marquez (Repsol Honda) di tempat kedua dan Andrea Dovizioso (Ducati Team) ketiga. Kemenangan itu ialah podium pertama yang kedua diberikan Vinales kepada Monster Energy Yamaha.

Walaupun gagal menjuarai GP Malaysia, itu sudah cukup buat Marquez memecahkan rekod Jorge Lorenzo sebagai pelumba yang meraih mata terbanyak dalam semusim, iaitu 395 mata berbanding rekod lama 383 mata yang masing-masing direkodkan pada pusingan ke-18.

Malang sekali lagi menimpa Valentino Rossi walaupun beraksi di trek kegemarannya apabila terlepas podium dan terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan beza cuma 0.084 saat di belakang Dovizioso.

Duo Yamaha Petronas SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo gagal menyerlah di laman sendiri apabila sekadar akur di tempat ke-6 dan ke-7 dengan beza mata lebih 9 saat dari Vinales.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan aksi di kedudukan ke-16 daripada 17 pelumba dan gagal mengumpul sebarang mata di laman sendiri. 

  1. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 40m 14.632s
  2. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +3.059s
  3. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP19) +5.611s
  4. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +5.965s
  5. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +6.350s
  6. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +9.993s
  7. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)* +12.864s
  8. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) +17.252s
  9. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP19) +19.773s
  10. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* +22.854s
  11. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +24.821s
  12. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* +30.251s
  13. Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +30.447s
  14. Jorge Lorenzo SPA Repsol Honda (RC213V) +34.215s
  15. Mika Kallio FIN Red Bull KTM Factory (RC16) +34.461s
  16. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) +44.319s
  17. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) +47.343s
  • Johann Zarco FRA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
  • Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF