Home / Bola Sepak / Mat Zan optimis

Mat Zan optimis

Jurulatih Negeri Sembilan Mat Zan Mat Aris optimis untuk bawa skuad kendaliannya itu kembali ke Liga Super musim depan.

Menurutnya, pencapaian ketika membawa Melaka United sebelum ini akan jadi pembakar semangatnya mengembalikan prestasi Skuad Rusa.

Presiden PBNS, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, berkata bekas ketua jurulatih Melaka United itu diharap dapat membantu mengemudi hala tuju pasukan itu mencapai kejayaan lebih cemerlang.

Mengenai pemain sedia ada, Mohd Zan yang berasal dari Rembau berkata, ketika ini terdapat seramai 12 pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan berkenaan.

Katanya, beliau berhasrat mencari pemain berbakat dari negeri ini dengan menyasarkan 60 peratus pemain adalah dari Negeri Sembilan.