Home / Lain - Lain / Marquez gegar litar Sepang

Marquez gegar litar Sepang

Aksi Marc Marquez ketika sessi ujian MotoGP di litar Sepang. Gambar oleh Arep Kulal

Aksi Marc Marquez ketika sessi ujian MotoGP di litar Sepang. Gambar oleh Arep Kulal

SEPANG 5 Februari 2014 : Juara dunia MotoGP, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda, terus mempamirkan kehebatan jentera pasukannya apabila turun menguasai litar Sepang pada sessi ujian MotoGP 2014 di Litar F1 Sepang, Selangor.

Marquez mencatatkan masa  2:00:495saat pada hari kedua ujian untuk berada dalam kelompok teratas pelumba-pelumba yang mula menguji jentera kenderaan mereka pada sessi ujian MotoGP 2014 yang bermula dari 4 hingga 6 Februari 2014.

Aksi Dani Pedrosa ketika sessi ujian MotoGP di litar Sepang. Gambar oleh Arep Kulal

Aksi Dani Pedrosa ketika sessi ujian MotoGP di litar Sepang. Gambar oleh Arep Kulal

Rakan sepasukan Marquez dari pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa dari Spain juga mencatatkan masa terbaik pusingan apabila merekodkan 2:00:336saat untuk mengungguli sessi ujian pada hari kedua.

Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*