Home / Bola Sepak / Malaysia tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita UEFA – FAM B15 Tahun

Malaysia tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita UEFA – FAM B15 Tahun

Malaysia yang menjadi tuan rumah untuk edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Wanita UEFA – FAM B15 Tahun yang akan berlangsung esok hingga 6 Oktober di Universiti Malaya UM Arena.

Persiapan singkat selain kurang berpengalaman juga tidak mahu dijadikan alasan dalam menampilkan cabaran di hadapan penyokong sendiri. Malaysia optimis untuk memberi cabaran meskipun menduduki ranking paling rendah dalam kalangan empat pasukan bertanding.

Kejohanan Bola Sepak Wanita UEFA – FAM B15 Tahun yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah sebahagian daripada program yang bertujuan untuk membantu persatuan dan konfederasi eropah bagi menyumbang dalam pembangunan bola sepak.

Selain Malaysia tiga lagi pasukan jemputan ialah Finland, Thailand dan Hong kong.

Pasukan negara dibawah kendalian Kok Keng Lin yang baru memulakan latihan 10 hari lalu sedar bakal bertemu lawan yang sukar apatah lagi menduduki ranking yang lebih rendah. Finland di ranking ke-31 dan Thailand 39 manakala Hong Kong 77.

Namun Keng Lin yakin bermain di tempat sendiri dapat memberi kelebihan kepada skuad negara yang berada di ranking 89 dunia.

Format permainan liga satu pusingan ini menyaksikan Thailand menentang Hong Kong jam 9.00 pagi esok manakala sepak mula bagi Malaysia selaku tuan rumah menentang Finland yang menjadi pencabar utama kejohanan adalah pada jam 4.00 petang.