Home / Bola Sepak / Malaysia Tigerls gagal ke Perlawanan Akhir

Malaysia Tigerls gagal ke Perlawanan Akhir

_SHA5485

Kemaraan skuad wanita negara terhenti di separuh akhir apabila tewas 1-8 ditangan gergasi Asia, Jepun. Perlawanan yang dihadiri hampir 2 ribu penyokong Malaysia memberikan dimensi baru sukan futsal negara dengan kehadiran penonton seramai itu.

Jepun yang merupakan kuasa besar dalam sukan futsal mempamerkan aksi bertenaga untuk mengatasi skuad negara yang tidak diletakkan sebarang harapan yang tinggi sebelum kejohanan ini bermula. Jaringan menarik dari penjaga gol negara, Sity Norazizah Jamal berjaya menceriakan penyokong yang hadir dengan rembatan jarak jauh yang padu membolosi gawang Jepun.

Dengan kekalahan ini bermakna skuad negara akan menentang Thailand pada penentuan tempat ketiga esok. Perlawanan akan berlangsung jam 4.30 petang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*