Home / Lain - Lain / Malaysia sertai 51 sukan pada Sukan SEA Filipina

Malaysia sertai 51 sukan pada Sukan SEA Filipina

Malaysia akan menyertai 51 daripada 56 sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Filipina pada November tahun ini.

Majlis Olimpik Malaysia berkata hanya sukan yang relevan akan dipertandingkan dan antara sukan yang dipinggirkan adalah bola baling.

Sementara itu, beliau menjelaskan sebanyak 12 daripada 51 sukan itu disenaraikan selepas MOM menerima rayuan yang dikemukakan oleh persatuan sukan yang bukan ahli gabungan MOM.

Jenis-jenis sukan tersebut adalah e-sukan, floorball, luncur ais, jujitsu, ‘kickboxing’, ‘modern pentathlon’, ‘obstacle course’, papan selaju, ‘soft tennis’, meluncur, triathlon dan hoki dalam air.

Pada masa sama, Mohamad Norza berkata, MOM masih menilai jenis-jenis sukan untuk diletakkan di bawah Kategori A dan B dan ia akan diputuskan setelah tamat tempoh penilaian yang akan berakhir Jun depan.

“Kita akan menilai berdasarkan prestasi terbaik atlet dalam tempoh 12 bulan ini untuk melihat sama ada mereka layak antara kategori A atau pun kategori B,” katanya.

Atlet kategori A ialah mereka yang melepasi syarat penyertaan secara merit manakala kategori B pula ialah atlet yang tidak melepasi syarat tersebut dan persatuan akan menanggung perbelanjaan mereka ke temasya itu.