Home / Hoki / Malaysia sekadar berkongsi mata dengan Pakistan

Malaysia sekadar berkongsi mata dengan Pakistan

BHUBANESWAR,5 DISEMBER 2018:Pasukan hoki Malaysia dijangka bakal meniti laluan sukar apabila sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan kedua menentang Pakistan.

Aksi pasukan Hoki Malaysia. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

Ketika kemenangan sahaja yang menjaminkan tiket untuk membuka peluang ke pusingan seterusnya, keputusan seri ini semestinya menyempitkan lagi ruang dan peluang bagi Malaysia yang akan menentang Jerman dalam perlawanan ketiga.

Malaysia dan Pakistan mempunya misi yang sama iaitu untuk menang kerana masing-masing tewas dalam aksi pembukaan kepada Belanda dan Jerman dalam perlawanan terdahulu.

Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan oleh kedua-dua pasukan dalam suku pertama dan kedua perlawanan. Malaysia memperolehi beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol menerusi pakar pukulan sudut penalti, Razie Rahim namun berjaya digagalkan hasil kecemerlangan penjaga gawang Pakisan iaitu Imran Butt.

Pakistan membuka jaringan pada suku keempat perlawanan sebelum dinafikan oleh Faizal Saari menerusi pukulan sudut penalti untuk melegakan seketika anak buah Roelant Oltmans sebelum diuji sekali lagi dalam perlawanan menentang Jerman.