Home / Lain - Lain / Malaysia raih dua emas di Kejuaraan Basikal Trek Asia 2019

Malaysia raih dua emas di Kejuaraan Basikal Trek Asia 2019

Kem elit negara akhirnya meraih emas yang ditunggu tunggu dalam Kejuaraan Basikal Trek Asia 2019 apabila Mohd Azizulhasni Awang menewaskan Yuta Wakimoto di perlumbaan akhir acara pecut.

Kejayaan bermakna Azizul di hari terakhir membantu Malaysia menutup edisi dengan satu emas, dua perak dan dua gangsa.

Selaku juara bertahan acara pecut Azizulhasni bangkit dari kekalahan aksi pertama sebelum memenangi perlumbaan kedua bagi mengheret perlumbaan ke saingan penentuan.

The Pocket Rocket Man berjaya menewaskan Yuta Wakimoto dari Jepun untuk merangkul emas sekaligus menebus kekalahannya kepada lawan yang sama dalam kategori Keirin tiga hari lalu.

Malaysia terlepas satu lagi pingat dalam acara yang sama menerusi Mohd Shah Firdaus Sharom yang tewas dalam dua perlumbaan perebutan pingat gangsa kepada pelumba Jepun Tomohiro Fukaya.

Keseluruhannya Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding edisi sebelumnya dengan membawa pulang satu emas, dua perak dan dua gangsa.