Home / Lain - Lain / Malaysia raih 5 emas di Kejuaraan Boling Asia ke-5 2019

Malaysia raih 5 emas di Kejuaraan Boling Asia ke-5 2019

Skuad boling kebangsaan terus menampilkan aksi yang memberangsangkan di Kejuaraan Boling Asia Ke-25 di Kuwait apabila meraih emas kelima.

Emas kelima ini disumbangkan Timmy Tan menerusi acara lelaki All Event yang juga rekod peribadinya pada kejohanan kali ini.

Bagi acara lelaki All Event permainan konsisten yang ditampilkan Timmy dalam kesemua empat acara yang disertai iaitu individu, beregu, trio dan lima sepasukan membolehkannya mengumpul 5805 jatuhan pin keseluruhan.

Kecemerlangan ini gagal dicabar dua pesaing Du Jianchao dari China serta Kang Heewon dari Korea yang akur meraih perak dan gangsa.

Ini adalah emas kedua peribadi Timmy yang berusia 25 tahun selepas dia turut cemerlang menyambar emas individu lelaki 23 Oktober lalu.

Bagai mana pun pencapaian Timmy gagal mengangkat skuad lelaki yang menduduki tangga ketujuh dengan 6527 jatuhan pin jauh ketinggalan berbandingkan pasukan Hong Kong, Taiwan dan China yang mengungguli tiga tangga teratas.

Walau bagaimana pun Malaysia telah meraih lima emas dari kejohanan ini bermula dengan kejayaan Shalin Zulkifli dan juga kejayaan trio emas lelaki dan wanita.