Home / Golf / Malaysia kehilangan permata bernilai dalam sukan golf

Malaysia kehilangan permata bernilai dalam sukan golf

PEMAIN golf negara, Arie Irawan Fauzi meninggal dunia semasa tidur di bilik hotel dalam melengkapkan Kejohanan Sanya Siri Jelajah PGA China.

Akibat dari perkhabaran menyedihkan ini, pemain berusia 28 tahun itu terlepas ‘cut’ pertengahan saingan pada Jumaat lalu.

Penganjur kejohanan membatalkan pusingan akhir pada Ahad lepas sebagai memberi penghormatan kepada keluarga Arie.

“Jelajah PGA dan Persatuan Golf China sedih dengan kehilangan salah seorang ahli kami. Kami mengucapkan takziah kepada isteri Arie, Marina serta ibu-bapanya, Ahmad dan Jeny,” menurut kenyataan PGA.

Kali terakhir Arie bertanding adalah pada Kejohanan Maybank, bulan lalu dan Allahyarham pernah menjadi pemain nombor satu negara dan menduduki kedudukan ke-296 dunia.

Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan Allahyarham Arie Irawan Fauzi sebagai antara bintang muda cemerlang persatuan itu yang sepatutnya bakal memberi impak kepada profesional golf dunia.

Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28-tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.

“Beliau seorang pemain golf yang dedikated dan pendekatannya terhadap profesional golf menjadi inspirasi kepada pemain profesional muda. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan keluarganya bersabar atas kepergiannya,” beliau disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh PGM.

RAWANG 9 December 2017 : Pictured during the final round of the PGM Maybank Players’ Championship 2017 at the Templer Golf Country Club, Rawang, Selangor. Pix by Arep Kulal / PGM Tour

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah ‎
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين