Home / Bola Sepak / Malaysia Kecewa

Malaysia Kecewa

MAL V VIETNAM

Shah Alam, 27 Mac 2015 : Malaysia memulakan kempen Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun Kumpulan 1 dengan langkah yang mengecewakan apabila tumpas 1-2 kepada Vietnam.

Kelebihan bermain di gelanggang sendiri gagal dimaanfaatkan pasukan kendalian Razip Ismail ini yang memaparkan aksi longlai.

MAL V VIETNAM 1
Pasukan Vietnam tampak lebih bersedia apabila sering melakukan gerakan-gerakan pantas yang mendebarkan. Namun pasukan Malaysia berjaya mendapat gol pendahuluan melalui tendangan percuma Nazirul Naim Che Hashim. Terkejut dengan gol tersebut, Vietnam bingkas memperkukuhkan serangan sebelum berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Vo Huy Toan pada minit ke 38.

Pasukan Vietnam seterusnya menjaringkan gol kemenangan minit ke 44 melalui Nguyen Cong Phuong.

Pada perlawanan terdahulu, pasukan Jepun menewaskan Macau 7-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*