Home / Lain - Lain / Malaysia juarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara di Hong Kong

Malaysia juarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara di Hong Kong

Tonggak skuad bola jaring negara An Najwa Azizan menyifatkan kejayaan menjuarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara yang dirangkul baru-baru ini sebagai suntikan semangat untuk mengekalkan emas pada Sukan SEA Filipina November nanti.

Malaysia menewaskan Hong Kong 57-44 dalam final yang berlangsung di Kowloon Park Sports Centre, Hong Kong.

Gilbraltar di tempat ketiga setelah menewaskan Thailand 62-60 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat .

Untuk rekod Malaysia membelasah Gibraltar 61-27 dalam perlawanan pertama sebelum menumpaskan Thailand 59-30 dalam perlawanan kedua.