Home / Lain - Lain / Malaysia Bermula Cemerlang

Malaysia Bermula Cemerlang

Petaling Jaya, 10 Mei: Pasukan Malaysia mencatatkan permulaan yang cemerlang di dalam Kejohanan Ragbi Asian yang bermula hari ini apabila menewaskan Taiwan, 46 – 13.

Ragbi 3

Walaupun bagaimanapun Malaysia dikejutkan Taiwan apabila menamatkan separuh masa permainan ketinggalan 10 – 13. Malaysia bermula gah hasil ‘try’ Atunasia Lacadamu Takubu sebelum Taiwan bangkit melalui jaringan penalty Chiang Wen-pao pada minit ke 23. Taiwan kemudian melakukan dua ‘try’ oleh Ho Ming-hsien (min ke 26) dan Chiu Min-ching (min ke 34). Namun Etonia Vaqa Saukuru berjaya melakukan satu lagi ‘try’ sebelum tamat separuh masa.

Ragbi 2

Malaysia memulakan separuh masa kedua dengan penuh semangat yang dibuktikan hasil enam jaringan ‘try’ melalui Tengku Fariz Tengku Roslan (min ke 43), Etonia (min ke 49 dan ke 66), Atunasia (min ke 62), Faat Hor Rozi Ismail (min ke 68) and Syahir Asraf Rosli (min ke 78). Kemenangan Malaysia dilengkapi melalui tiga jaringan ‘conversion’ melalui Saa Falupega (min ke 45 dan ke 49) dan Isoa Vuluma Turuva pada min ke 79 untuk memastikan kemenangan milik Malaysia.

Rugbi1

Malaysia akan turun menentang United Arab Emirates (UAE) di Stadium MBPJ pada Rabu ini (13 Mei 2015). UAE menumpaskan Thailand 53 – 22 pada perlawanan pertama.

Gambar oleh : Faiz Azizan/Malaysia Rugby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*