Home / Lain - Lain / Malaysia Airlines Menjadi Rakan Penerbangan Global Rasmi Kelab Bolasepak Liverpool

Malaysia Airlines Menjadi Rakan Penerbangan Global Rasmi Kelab Bolasepak Liverpool

f11_liverpool_41

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2016: Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airline System) hari ini mengumumkan kerjasama bersama kelab ternama bolasepak Liga Inggeris, Liverpool FC.

f11_liverpool_50
Kerjasama selama tiga tahun ini bertujuan untuk mencapai impian Liverpool FC untuk mendekati peminat-peminat Liverpool di rantau Asia Tenggara.

lfc_2
Menurut Ketua Pegawai Komersil LFC, Billy Hogan, sambutan yang memberangsangkan ketika kunjungan pasukan Liverpool FC pada tahun 2011 dan 2015 memberi satu impak betapa Liverpool dan Malaysia mempunyai hubungan yang istimewa.

mas_3
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew pula berpandangan betapa kerjasama ini dapat menguatkan lagi capaian MAS di United Kingdom dan negara-negara Eropah, selain mampu mencapai lebih 100 juta peminat Liverpool FC di Asia Tenggara.