Home / Lain - Lain / MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL MEMILIKI KEMUDAHAN LATIHAN PUSAT SETEMPAT

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL MEMILIKI KEMUDAHAN LATIHAN PUSAT SETEMPAT

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) merancang untuk memiliki pusat latihan setempat sendiri dengan sudah mempunyai lokasi cadangan dengan kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya di suatu lokasi dikenalpasti di Presint 13 dan sedang menunggu kelulusan pihak berkaitan.

Dengan adanya kemudahan latihan pusat yang dijangkakan bernilai RM40 juta MSWP yakin prestasi semua atlet dibawahnya akan lebih mudah dipantau dan meningkat dengan semangat yang lebih utuh.

Ini sekaligus membantu Wilayah Persekutuan melahirkan ramai atlet berprestasi tinggi buat negara pada masa depan.

Dalam pada itu persiapan kontinjen SUKMA Wilayah Persekutuan tetap diteruskan ketika ini walaupun penganjuran SUKMA Malaysia telah dijadualkan semula pada tahun 2022.

Dengan mengambilkira situasi Covid-19 yang melanda negara sesi bagi sukan-sukan terpilih dilakukan secara quarantine base dengan SOP ketat yang berpusat di sebuah hotel di ibunegara.

Kem latihan atlet SUKMA Wilayah Persekutuan sebagai persediaan awal kontinjen itu telah berlangsung selama empat hari.

Sebanyak 499 individu termasuk 399 atlet dan 52 jurulatih daripada 19 jenis sukan terlibat dalam kem tersebut.