Home / Bola Sepak / LUQMAN JANJI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG BERKELANA DI BELGIUM

LUQMAN JANJI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG BERKELANA DI BELGIUM

Penyerang muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsuddin bakal menjadi pemain bola sepak kebangsaan paling lama berkelana di luar negara selepas pemain itu ditawarkan dan dijanjikan kontrak 5 tahun bersama KV Kortrijk.

Beliau dijangka mengikat kontrak minggu ini dan sedia mematuhi kontraknya di sana dan enggan mengikuti jejak beberapa pemain yang pulang awal.

Ramai pemain tempatan berkelana seperti Chow Kee Keong, Dali Omar, Lim Teong Kim, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Safee Sali, Wan Zack Haykal, Nazirul Naim Che Rashid, Nazmi Faiz Mansor dan Hadi Fayyad Abd Razak.

Kebanyakkan mereka ditawarkan kontrak 1 hingga 2 tahun namun ada juga yang pulang awal.

Justeru itu Luqman berjanji akan memanfaatkan peluang yang diberikan KV Kortrijk demi kebaikkan dirinya dan skuad kebangsaan yang akan menghadapi kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia B19 di Uzbekistan Oktober nanti.

Ketika ini Luqman masih menjalani latihan bersama pasukan Selangor II dan lepasan Akademik Mokhtar Dahari itu dijangka menandatangi kontrak secara rasmi dengan KV Kortrijk minggu ini.