Home / Lain - Lain / LUNCUR AIR SASARKAN DUA EMAS

LUNCUR AIR SASARKAN DUA EMAS

Tampil pertama kali pada temasya Sukan SEA Filipina kali ini peluncur ombak negara Didaq Musaddiq menegaskan dia mahu melakukan yang terbaik walaupun sukan ini merupakan sukan baru pada saingan temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir diadakan pada tahun 1959.

Didaq Musaddiq yang berasal dari Cherating Pahang menjadi sandaran utama pasukan negara meraih pingat emas dalam dua acara yang disertainya.

Peluncur yang berusia 24 tahun ini berada di landasan tepat bagi menyumbang pingat buat negara selepas aksi cemerlangnya di siri Jelajah Luncur Air Asia yang berlangsung di India Ogos lalu.

Walaupun akan berdepan dengan cabaran dari Indonesia dan Filipina, namun ia bergantung kepada keadaan ombak dan cuaca pada hari pertandingan.

Skuad luncur ombak negara telah bertolak ke Manila dan akan membuka tirai saingan bermula hari Sabtu.

Malaysia menyenaraikan 5 atlet ke Manila iaitu Mohd Nazrin Nasruddin, Didaq Musaddiq dan Sammi Hassan.

Manakala bagi kategori wanita akan diterajui oleh Mona Rashidah Abd Rashid dan Nur Alia Erika.