Home / Bola Sepak / #LIGASUPER2017 : Sang Helang mula terbang tinggi

#LIGASUPER2017 : Sang Helang mula terbang tinggi

Pasukan Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Gambar oleh Muhammad Khairul Anuar / SukanMalaysiaDotMY

Pasukan Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Gambar oleh Muhammad Khairul Anuar / SukanMalaysiaDotMY

JOHOR BAHRU 20 Januari 2017, Pasukan Kedah memulakan langkah kanan dalam kempen Liga Super 2017 apabila berjaya muncul juara Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru hari ini.

Pemain pasukan Kedah dan JDT dalam aksi perlawanan Piala Sumbangsih 2017 merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDOTMY

Turun sebagai juara Piala Malaysia 2016, skuad Lang Merah mengikat 10 pemain JDT 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebelum menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Berdepan 10 pemain lawan memberi peluang kepada Lang Merah untuk mendominasi permainan.

Pasukan Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

Pasukan Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

Selepas mengatur asakan bertali arus, Kedah berjaya me­nyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi rembatan lencong kapten Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti.

Ini adalah kejuaraan Sumbangsih ketiga yang dimenangi Kedah selepas 1994 dan 1991, sekali gus menjadikan mereka calon untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.