Home / Bola Sepak / #LIGASUPER2017 – MU dibaham Tok Gajah

#LIGASUPER2017 – MU dibaham Tok Gajah

Matheus Alves Leandro meraikan gol bersama pemain pasukan Pahang  Gambar oleh Akhmal Zeary © SukanMalaysiaDotMY

Matheus Alves Leandro meraikan gol bersama pemain pasukan Pahang Gambar oleh Akhmal Zeary © SukanMalaysiaDotMY

MELAKA, 25 Februari 2017 : Pahang mengganas di Stadium Hang Jebat apabila menewaskan Melaka United 3 – 1. Gol awal oleh penyerang Pahang, Joseph Kalang Tie mengejutkan  penyokong Melaka United. Pahang yang nampak lebih garang ketika menyerang dan berjaya sekali lagi menghasilkan gol dari pemain Matheus Alves Leandro seminit sebelum babak pertama berakhir.

Ahmad Syamin berjaya merampas bola dari Jeon Woo Young  Gambar Oleh Abdul Jalil©SukanMalaysiaDotMY

Ahmad Syamin berjaya merampas bola dari Jeon Woo Young Gambar Oleh Abdul Jalil©SukanMalaysiaDotMY

Pada separuh masa kedua Pahang meneruskan asakan dan berjaya menghasilkan gol ketiga kali ini melalui Sukemaresh Mohammadou. Setelah ketinggalan 3 gol Melaka United membuat 3 pertukaran dan cuba mengasak gawang lawan. Gol pertama Melaka United terhasil dari pemain gantian Ahmad Khuzaimie pada minit 90.
Gol itu telah menyemarakan semangat Melaka United di akhir saingan  dan banyak menghasilkan peluang didepan gol namun tidak cukup untuk membolosi gawang Pahang sehingga wisel penamat ditiupkan.Perlawanan berakhir dengan Melaka United 1 – 3 Pahang.