Home / Bola Sepak / #LIGASUPER2017 : MU berjaya ikat JDT

#LIGASUPER2017 : MU berjaya ikat JDT

Jeon Woo Young meraikan jaringan penyamaan bersama pasukan. Gambar oleh Noordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Jeon Woo Young meraikan jaringan penyamaan bersama pasukan. Gambar oleh Noordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

MELAKA 7 May 2017 – Selepas dimalukan di Larkin tempoh hari, pasukan bimbingan Eric William, Melaka United lebih berhati-hati dalam pertemuan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Hang Jebat malam tadi. Kelebihan bermain di tempat sendiri ternyata memberi sedikit kelebihan buat pasukan Melaka apabila mampu menyerap tekanan dan serangan dari barisan penyerang JDT yang ghairah melakukan asakan demi asakan sebaik wisel permulaan ditiupkan.

Khair Jones mengeluarkan bola dari dari kawasan berbahaya. Gambar oleh Noordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Khair Jones mengeluarkan bola dari dari kawasan berbahaya. Gambar oleh Noordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Bahagian pertahanan Melaka United yang dikuasai oleh Godwin dan Syawa ternyata tidak memberi ruang kepada barisan serangan JDT dan gandingan baik mereka ternyata menyukarkan pasukan JDT untuk mendapat gol. JDT yang dilihat lebih kerap mengasak melalui Safiq Rahim dan Guerra berjaya melakukan beberapa percubaan merbahaya namun ianya belum cukup untuk memberi cabaran buat penjaga gol MU Fazli Paat.

Babak kedua perlawanan memperlihatkan beberapa aksi-aksi kekasaran dari kedua-dua pasukan namun pengadil bertugas Suhaimi Mat Hassan berjaya mengawal keadaan. Pada minit ke-59 JDT memperolehi gol pertama melalui Safiq Rahim apabila sepakan percuma yang diambil beliau melencong tepat ke arah gol.

Tersentak dengan gol tersebut pasukan MU mula mengatur serangan demi serangan dengan beberapa gerakan menarik melalui Ilija Spasojevic dan Jeon Woo. Hasilnya pada pada minit ke 87 Jeon Woo Young yang mendapat hantaran menarik dari R Surendran berjaya menewaskan Izham Tarmizi untuk gol penyamaan seterusnya mengegarkan kira-kira 15 ribu penyokong yang hadir.

Sehingga wisel penamat dibunyikan Eric William mampu menarik nafas lega selepas menyaksikan barisan anak buahnya berjaya mencuri satu mata di laman sendiri dengan menjadikan kedudukan terkini pasukan MU di tangga ke 9 didalam carta Liga Super 2017.