Home / Bola Sepak / #LIGASUPER2017 – Melaka United tewas lagi

#LIGASUPER2017 – Melaka United tewas lagi

Ahmad Khuzaimi cuba menghalang gerakan Farhod. Gambar oleh Nordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Ahmad Khuzaimi cuba menghalang gerakan Farhod. Gambar oleh Nordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

MELAKA, 11 Februari 2017 : Melaka United terus kecewa apabila mencatat kekalahan kedua dalam perlawanan ketiga Liga Super di Stadium Hang Jebat. Bermain di hadapan kira-kira 7 ribu penyokong setia masih lagi tidak mampu memberi semangat kepada barisan anak buah Eric Williams. Jaringan awal oleh pemain T-Team Samassa pada minit ke 4 dan Farhod pada minit ke-14 ternyata merentap semangat pasukan tuan rumah.

Pemain T Team, Ariffadzilah cuba menghalang gerakan Amri Yahyah. Gambar oleh Nordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Pemain T Team, Ariffadzilah cuba menghalang gerakan Amri Yahyah. Gambar oleh Nordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY

Pasukan Melaka United cuba mengatur semula perlawanan selepas itu namun terus buntu mencari jaringan walaupun beberapa peluang berbahaya terhidang di hadapan gol. Gol pasukan tuan rumah hanya muncul selepas separuh masa kedua bermula melalui Jeon Woo Young  pada minit ke 47. Keputusan 1-2 kekal hingga ke hujung saingan.Liga Super Malaysia