Home / Bola Sepak / LIGASUPER2017 : JDT ‘hawau’ kan Melaka United

LIGASUPER2017 : JDT ‘hawau’ kan Melaka United

AmirulHadi berjaya memperdayakan penjaga gol Melaka United Fazli Paat. Gambar © Akmal Mohamed / SukanMalaysiaDotMY

AmirulHadi berjaya memperdayakan penjaga gol Melaka United Fazli Paat. Gambar © Akmal Mohamed / SukanMalaysiaDotMY

JOHOR BAHRU, 9 April 2017 – Melaka terkulai layu di tangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila tewas 0-7 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Kemenangan besar JDT itu merupakan kekalahan terbesar buat pendatang baru liga super, Melaka.

JDT tidak menunggu lama untuk merobek pasukan Melaka apabila seawal minit ke 6 mereka dihadapan melalui jaringan Gabby Guerra. Safiq Rahim mengandakan jaringan dengan gol kedua pada minit ke 17. Kealpaan barisan pertahanan Melaka terus dihukum pada minit ke 22 dengan jaringan mudah Amirulhadi Zainal yang memperdayakan pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol. Episod duka anak buah Eric William bermula apabila JDT mendapat gol keempat dan kelima pada minit 33 dan 46 melalui sentuhan Gonzalo Cabrera dan Azamudin Akil.

Dua pemain Melaka United menyekat pemain JDT R.Gopinathan. Gambar © Akmal Mohamed / SukanMalaysiaDotMY

Dua pemain Melaka United menyekat pemain JDT R.Gopinathan. Gambar © Akmal Mohamed / SukanMalaysiaDotMY

Ketika hampir 23ribu penyokong mengharapkan perubahan taktikal pasukan Melaka apabila permainan bersambung di babak kedua, JDT terus mengasak dan pada minit ke 58 Safiq Rahim terus menghukum pertahanan Melaka dengan gol keenam JDT.
Walaupun pasukan Melaka United cuba melawan rentak pasukan tuan rumah dengan menyerapkan permainan bertahan, Safiq Rahim ternyata sukar dikawal apabila melakukan hat-trick untuk gol ketujuh JDT pada minit ke 87.
Gol tersebut ternyata mampu memberi kelebihan jaringan buat pasukan JDT untuk bersaing dalam kedudukan 3 tangga teratas liga manakala memberi tekanan buat pasukan Melaka United yang kini bergelut untuk menjarakkan mata dari dua pasukan terbawah liga.
Laporan : Mohd Noordin Shariff / SukanMalaysiaDotMY
Gambar : Akmal Mohamed / SukanMalaysiaDotMY