Home / Bola Sepak / #LigaSuper2017 : Helang Merah terbang tinggi.

#LigaSuper2017 : Helang Merah terbang tinggi.

Aksi pemain Kedah dalam perlawanan menentang Sarawak. Gambar oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMY

Aksi pemain Kedah dalam perlawanan menentang Sarawak. Gambar oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMY

ALOR SETAR 27 Januari 2017 : Juara Piala Sumbangsih 2017, Kedah ternyata meraikan kejayaan mereka dengan cara tersendiri apabila berjaya menumbangkan Sarawak 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. Beraksi di hadapan kira kira 25,000 penyokong dan kehadiran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim turut menyemarakkan lagi semangat pemain untuk menghadiahkan kemenangan.

AHK_2257

Aksi pemain Kedah dan Sarawak dalam perlawanan menentang Sarawak. Gambar oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMY

Dikejutkan dengan gol awal oleh pasukan Sarawak melalui sepakan percuma Mark Andrew Hartmann yang menerjah jaring pada minit ke 9, Kedah ternyata tidak goyah apabila mula menyusun gerakan-gerakan menarik melalui rangkaian pemain tengah mereka.

Hasilnya Kedah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi gerakan cantik untuk memastikan sepakan leret Baddrol Bakhtiar dari sebelah kanan pintu gol Sarawak tepat menerjah gawang. Lima minit berselang, Sarawak sekali lagi mendahului di hadapan menerusi gol Tommy Mawat.

Aksi pemain Kedah dalam perlawanan menentang Sarawak. Gambar oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMY

Aksi pemain Kedah dalam perlawanan menentang Sarawak. Gambar oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMY

Kedah menggandakan usaha memburu gol, namun gagal menghasilkan sebarang gol tamat babak pertama. Sebaik babak kedua bersambung, percaturan Kedah memasukkan penjaga gol Ifwat Akmal menggantikan Mohd Farhan Roslan, nyata memberi semangat baharu. Kedah menyamakan kedudukan pada minit ke-70 menerusi jaringan Sandro Da Silva, hasil hantaran Lirodon Krasniqi. Selang dua minit kemudian, Sarawak dihukum sekali lagi dengan gol kemenangan hasil sepakan lencong oleh Syazwan Zainon.

Keputusan penuh Kedah 3, Sarawak 2.