
Pemain Kedah Baddrol Bakhtiar mengasak pertahanan pasukan Felda dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Tun Abdul Razak. Gambar ©Khairul Ajhar/SukanMalaysiaDotMy
JENGKA 04 Februari 2017 – Pasukan Helang Merah, Kedah yang bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang ternyata bijak untuk membawa pulang satu mata apabila berjaya mengikat pasukan Felda United 1-1 dalam perlawanan Liga Super 2017 malam tadi.

Ken Ilso Larsen meraikan jaringannya pada minit 24 separuh masa pertama. Gambar © Ahmad Junaidi/SukanMalaysiaDotMY
Jaringan Ken Ilso pada min 24, membolehkan Kedah mendahului 1-0 di separuh masa pertama namun Felda terus berusaha memberi tekanan kepada Kedah sehingga menyamakan kedudukan di separuh masa kedua di min ke 48 hasil jaringan Hadin Azman.